Monday, August 11, 2008

Batuk

Assalamu'alaikum. Ana nak citer sikit pada korang. Pada 3 Jun, ana batuk teruk masa tu. Ana ni bukan jenis p jumpa doktor. Sejak 4 tahun ana tidak pergi jumpa doktor. Sebab apa, ana bukan takut tapi ana nak cuba ana sendiri. Ana teringat tulisan Tuan Haji mengenai batuk. Tuan Haji pernah kata kalau batuk kita kena minum air pegaga atau dikenali kordial asiatica. Apa lagi aan terus minum dan selepas 2 hari batuk ana hilang dengan berkat doa serta pertolongan Allah S.W.T.
Tulisan Tuan Haji
Pada penderita batuk berkahak ataupun mereka yang mengalami athma dalam situasi sukar mengeluarkan ledir dan kahak tebal menyebabkan gangguan pernafasan bolehlah mencuba resepi herba ini.


Ambil 3 batang serai makan,termasuk akar dan batang(daun tidak perlu)di rebus sampai mendidih dalam 1.5 liter air mineral HPA(biru) dan minum berulang-ulangkali hingga habis dalam tempoh sehari.InsyAllah mukusa yang tebal itu dapat dikeluarkan dan penafasan menjadi baik.InsyaAllah.

Serai adalah sejenis herba diuretik dan peluruh lendir(kahak) dalam badan.Jadi serai memang sesuai dugunakan dalam perawatan athma.Abu daunya pula dijadikan ubat senggugut jika diambil apabila waktu sakit.

Penawar Radang Paru-Paru

Alhamdulillah, hari ni saya mahu kongsi satu berita dengan anda mengenai radang paru-paru. Ketika saya sedang makan nasi bersama-sama keluarga, saya mendapat satu panggilan dari seorang rakan yang menghidap penyakit radang paru-paru. Apalagi ku terus tanya tuan haji mengenai rawatan ini kerana ku bukan pakar seperti tuan haji. Tuan Haji pun tulis dalam blognya mengenai penyakit radang ini. Selepas beberapa minggu, rakan ku call semula dan menyatakan dia pulih sepenuhnya.Haaa, Ajaib kan!!!

Mari kita baca tulisan Tuan Haji

Radang Paru-paru memerlukan pengubatan yang khusus namun bagitu produk baru yang akan kita keluarkan ialah jeruk portulaca atau pokok beremi.Banyak kes pada masa dahulu orang yang kena radang paru-paru sembuh dengan memakan pokok beremi ini.Seperti yang saya tuliskan terdahulu serai juga sangat baik untuk tujuan ini.
Kalau dalam perubatan jawi kita akan memberikan shark,spirulina dan pelawas pada pesakit radang paru-paru disamping menggunakan ubat periuk yang terdiri dari 4 jenis herba iaitu:-
1. pokok halban - 100 gm
2. Pokok Keriang - 100gm
3. Pokok serai - 100gm
4. Jadam sebesar ibu jari tangan pesakit.

InsyaAllah akan sembuh dengan IzinAllah.Ubatan periuk boleh order dengan JHS.

Saturday, August 2, 2008

Kencing Manis Dan Penawarnya

Setiap hari telingaku mendengar kisah kencing manis. Ada yang terpaksa potong jari, kaki dan sebagainya. Pada 29 Julai 2008, saya melawat adik saya di hospital kerana dia diserang penyakit penat. Saya melihat ramai pesakit yang terlantar di situ. Ada pelbagi jenis ragam. Ada seorang wanita (24 tahun) begitu sedih sekali. Selepas memberi salam, saya mula mendekati wanita itu dan bertanya, "suami akak ni kena penyakit apa". Dia kata, suami dia kena penyakit kencing manis dan jari dia akan di potong tak lama lagi. Bila saya dengar saja, hati saya berasa sedih dan pilu mengenangkan nasib akak dan suaminya yang tercinta itu. Dia sanggup menjaga suaminya itu walaupun suaminya tak berupaya untuk bergerak. Saya melihat dia menyuap suaminya dan mengelap badan suaminya itu.

Apa yang saya nak ceritakan disini ialah bagaimana nak merawat penyakit kencing manis
dengan produk HPA. Melalui tulisan Tuan Haji, kencing manis dapat dirawat dengan madu lebah. Madu yang dipilih pula mestilah mempunyai kualiti yang tinggi iaitu kandungan air dibawah 18% dan diambil dari debunga tumbuhan yang hidup di negeri-negeri padang pasir.Madu Iran,madu Syria,madu Sudan,madu Aswan(mesir) merupakan antara madu yang boleh digunakan dalam terapi kencing manis.(madu HPA dari Iran



Pengalaman yang penting yang ingin Tuan Haji kongsikan dengan kita ialah kaedah terapi kencing manis yang berkesan ialah seperti berikut:-
1, Jangan sekali-kali menggunakan gula putih tetapi gantikan dengan gula merah/perang 2. Jangan menggunakan beras putih tetapi gantikan dengan beras perang. 3. jangan mengambil makanan yang mengandungi santan 4. jangan makan roti putih/perang (kecuali roti arab)

Ada 2 herba lagi yang baik untuk pesakit kencing manis iaitu lada hitam dan kulit kayu manis.
Masukkan sedikit lada hitam dalam nasi yang dimasak dan kulit kayu manis dalam apa jua minuman.

Disamping jangan meninggalkan produk HPA iaitu:-

1. Plantisol - 3 x 3
2. Teh herba - 3 kali sehari
3. soft gel VCO - 3 x 3
4. D det - 2 x 2 (maxsimum)
Mari kita dengar testimoni mereka :-
1) Isteri saya dikesan menghidap kencing manis (diabetes) di samping penyakit kuning (jaundice) menjelang bulan puasa(Ramadhan) 1427/2006. Sebelumnya dia mengalami tekanan darah rendah dan sembelit. Kencing manis yang dihidapinya itu adalah warisan keluarga; Allhyarham ibunya adalah penghidap kencing manis. Sementara tekanan darah rendah pula diwarisi daripada Allahyarham bapanya. Rawatan yang dijalaninya ialah dengan mengambil ubat mengawal kandungan gula dalam darah. Selepas mengambil ubat tersebut kuku tangan dan kakinya kembang seperti diserang 'fungus'. Setelah mengambil Plantisol dan Pelawas serta megawal pemakanan (diet) didapati paras gula dalam darah kembali normal di samping masalah sembelit yang menyebabkan sebelumnya dia buang air besar berselang tiga hari berjaya diatasi.

Nama:- Abdul Halim Bin Yaacob
Negeri:- Kedah
Email:- abdulhalimyaacob@yahoo.com

2) Mak mertua saya mengidap penyakit 4 serangkai lebih 10 tahun.Telah menggunakan suntikan insulin pagi dan petang. Juga menggunakan alat sedut untuk penyakit asmanya.Kerap mengah, letih,mata berselaput dan amat kabur, kulit bermasalah, selalu bersin, hidung kerap berair, selalu demam, solat duduk dan selalu masuk wad akibat penyakitnya yang agak kronik. Tetapi alhamdulillah stlh menggunakan sinergi produk Hpa, omega 3, plantisol, vitex, hb, spirulina, teh herba, mega 3 dan but-but, penyakit asmanya telah sembuh, matanya jelas, solat dah blh berdiri, suntikan insulin dihentikan,x pernah menginap di hospital lg,bertenaga,tiada lg masalah penyakit kulit, jantungnya 'cantik'.Masalah bersin dan sakit kepalanya juga telah hilang.Kini ubat hospital telah dihentikan. X sampai seminggu kesannya begitu positif. beliau masih meneruskan penggunaan untuk kesihatannya. Terima kasih HPA. Terus maju dengan produk-produk halalnya!

Nama:- Khosiyah binti Halil
Negeri :- Pahang

3)
Di sini ingin saya menceritakan sedikit pengalaman saya merawat pesakit Kencing Manis yang menunggu masa untuk suntikan insulin. Saya telah memberi Makcik yang berasal dari Air Itam Pulau Pinang ini dengan set Lengkap Kencing Manis,bermula merawat dari April 06 hingga ke tarikh untuk berjumpa Doktor June 30 06 sama ada kena suntikan atau tidak....Allhamdulillah setelah ia mengamalkan mengikut peraturan penuh keyakinan MAKCIK melepasi ujian tersebut ..kencing manis Makcik telah turun ,tenaga makcik bertambah baik,makcik kata ia akan terus mengamalkan produk HPA yang saya sarankan...saya amat bersyukhur kerana dapat menyelamatkan makcik berkat dengan penggunaan produk HPA yang hebat tiada TANDINGANNYA LAGI.Anda Jangan tunggu lagi bersama lah dengan HPA HERBA PENAWAR AL-WAHIDA.

Nama:-
ASNIEAH BT BADRI@NADZRI
Negeri:-
PULAU PINANG
Email:- anis_yaang@yahoo.com

4) SAYA HAZIZI AHLI HPA INGIN BERI TESTIMONI SAYA IALAH SAYA MENGALAMI PENYAKIT KENCING MANIS DAN SAYA MENINGGALKAN UBAT HOSPITAL DAN MENCUBA PLANTISOL DAN GULA SAYA IAITU 15 TURUN 8 DAN BUAT MASA SEKARANG SAYA AMALKAN PLANTISOL DAN UBATAN LAIN DAN SAYA TIDAK MAKAN LAGI UBAT HOSPITAL DAN SAYA INGIN MEMBERI PANDANGAN KEPADA PIHAK HPA SUPAYA HENDAKLAH DIIKLANKAN JUGA BARANGAN HPA YANG LAIN SELAIN KOPI RADIX SUPAYA ORANG RAMAI TAHU BAHAWA PRODUK YANG ADA DALAM HPA DAN CADANGAN SAYA JUGA BAHAWA TUAN HAJI ISMAIL SERTA PENGARAH YANG LAIN DAPAT MELUANGKAN MASA BERJUMPA DENGAN AHLI-AHLI HPA KE CAWANGAN-CAWANGAN DI SELURUH NEGERI SUPAYA ORANG RAMAI ATAU ORANG KAMPUNG DAPAT KENAL LEBIH DEKAT LAGI TUAN HAJI ISMAIL DAN YANG LAIN SEMOGA PRODUK HPA DIMINATI DAN DIBELI OLEH ORANG RAMAI DAN MENDAPAT PASARAN ANTARABANGSA.

Nama:- MOHD HAZIZI BIN DERAMAN
Negeri:- KELANTAN DARUL NAIM
Email:- HAMKARAZIHAN@YAHOO.COM

Anda sudah mendengar testimoni mereka kan. Haaa...... Itulah
keistimewaan HPA.

Baik, mari kita bincang mengenai gangreen pesakit kencing manis melalui karya Tuan Haji :
Bila kaki telah luka dan sukar sembuh,keadaan ini menjadikan seorang pesakit kencing manis itu demam berpanjangan.Demam itu menandakan berlakunya jangkitan pada tempat luka tersebut dan mendatangkan bau busuk.Kuman akan menyerang ke otak menyebabkan berlakunya koma.

Oleh sebab itu perhatikan perubatan ini betul-betul jangan sampai tersalah pengambilan kerana akibatnya boleh membawa kematian.Daun hempedu bumi/sombiloto yang basah ditumbuk dengan minyak but-but lalu di tempelkan ditempat yang luka tersebut.Ganti setiap hari sehingga daging-daging yang reput tumbuh merah kembali.InsyaAllah di samping pengambilan herba Imuniti,plantisol,teh herba dan ubat periok plantisol.


Berubatlah sebelum terlambat