Monday, July 28, 2008

Radix Fried Chicken (RFC)

Assalamu'alaikum. Ana ingin kongsi pengalaman bersama anda mengenai RFC yang baru di buka pada 1 Jun 2008 bertempat di Lagenda Height. Semasa ana dalam perjalanan menuju ke bank islam (5 Jun), ana lihat kereta berkerumun di sepanjang bahu jalan

Haa, tengok gambar di atas, cantik tak??? Tentulah cantikkan. Fuhh apalagi, ana pun join bersama kawan ana. Ana kena beratur hampir sejam, tapi ana tetap sabar untuk menjamu selera. Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran ana. Bila masuk saja dalam, ana terpegun melihat pekerja bertungkus lumus melayan kerenah pelanggan.

Ramai betul pekerja RFC. Ana kata dalam hati " Hebat juga Tuan Haji dalam mengembangkan perniagaan islam". Bila ana order barang bersama kawan ana, kami mencari tempat yang lapang. Bila ana gigit ayam tu, Fuhh kalah ayam lain. Sebab apa ana kata macam tu, sebab ayam RFC adalah ayam organik. Kalau di KFC atau MCD atau ayam pasaran, mereka masukkan vaksin.

Habis saja makan, kami tak balik lagi. Sebab apa, ye laa.... kereta banyak macam mana nak balik. Kami tanya pekerja RFC, berapa orang setakat ini.. Tau tak apa dia kata, 5000 dalam sehari..

Bagi yang belum pekena RFC, pergilah sekarang sebab memang best giler. Sekarang restoran RFC dah ada, janganlah pergi KFC sebab kita menyumbang duit pada orang yahudi dan ayam mereka adalah racun pada diri kita. Marilah kita menyumbang pada bangsa kita sendiri.

Bagi yang berminat untuk pergi menjamu selera klik menu RFC di sebelah kiri.